Baru-baru ni September, Dina dan suami bawa anak kami berjalan ke Korea. Korea musim luruh (fall/autumn) masa tu. 3 bulan sebelum fly, Dina dah start plan and cari baju untuk pakai sepasang anak-beranak dekat Korea nanti. Biasalah, mak mesti suka melaramkan anaknya. Nasib baik anak Dina lelaki. hehehe

Dina pergi dalam 6 hari 5 malam. Dina akan share outfit / fashion yang Dina satu family pakai ye. Tapi untuk entri yang ini, Dina hanya nak share Airport Oufit sahaja. Untuk outfit yang lain – lain Dina akan share di entri yang lain. Stay-tuned guys.

Cara nak pilih airport outfit:

  • Pilih yang tak nipis. Sebab dekat airport mana-mana sejuk aircond. Tambah lagi dalam flight sejuk. Tak adalah nanti kita bazir duit minta selimut dalam flight. Usually, budget airline kita kena bayar kalau nak guna selimut dia.
  • Kalau anda jenis yang suka pakaian anda tak nampak komot / renyuk, pilih baju yang tahan lasak maksudnya macam kain t-shirt gitu. Material yang iron-less.
  • Bagi mak-mak atau ibubapa yang berjalan bawa anak, mungkin anda boleh pilih warna yang gelap, tak senang nak nampak kotor. Bila travel dengan baby ni, lagi-lagi anak yang dah start nak explore, baju kita akan senang kotor.

Tips nak cari baju sepasang satu family:

Kasut

  • Kasut yang ringan
  • Kasut yang tahan lasak
  • Kasut yang tak akan buat kaki anda melecet

Kasut adalah pakaian yang paling penting sekali. Pakai kasut yang anda rasa ringan dan tidak berat. Supaya kaki tak melecet dan tidak lenguh. Bila dah travel ni kita akan banyak berjalan. Jadi pastikan kasut yang anda pakai selesa ye.

Airport Outfit : Kasut tema putih

Geramkan tengok kasut si kenit tu. Comel je kecil.

Kami anak beranak tak suka pakai betul betul sama. Rasa macam uniform kalau pakai exactly sama. Kalau nak pakai sama, suami akan pakai sepasang dengan ‘Izz Asad. Dua-dua lelaki. Dina pula perempuan akan pakai se-tema tapi perempuan version.

Contoh dalam gambar ni, kasut suami dan ‘Izz Asad white net shoes. Dina pakai white net shoes tapi ada manik dan ada platform tinggi sikit.

So secara kesimpulannya, untuk kasut kami pilih tema putih dan konsepnya jaring. White net shoes.

Scarf

  • Scarf Dina mesti tebal, panjang, dan besar
  • Neck scarf suami
  • Baby bib

Scarf Dina ambil dari tudung Dina sendiri. Scarf Dina pastikan tebal, panjang dan besar. Sebab nak pakai menutup bahagian belakang dan depan bila kita lilit tu. Dan tak nak jarang. Neck scarf suami tu dari makkah. Atau kalau anda berminat boleh type sahaja “keffiyeh” dekat mana-mana online shop. Mesti ada. Tapi kalau nak banyak pilihan kena pergi Saudi. Baby bib, mana-mana kedai baby ada. Anda cuma perlu cari yang sesuai atau kena dengan tema anda.

Baju

  • Track suit untuk ‘Izz Asad
  • Dress and Jacket untuk Dina
  • Track Jacket and Cargo Pants untuk suami

Track suit ‘Izz Asad kami beli dari Adidas store. Dress Dina dari ZARA. Jacket Dina beli dari Zalora. Track jacket suami dari Asos. Untuk baju kami nak ada triple white strap (line). Nampak senada dan satu tema kan.

Korea Full Airport OOTD

Ini lah OOTD kami di airport KUL-CJU September 2019. Moga perkongsian Dina memberi inspirasi buat anda. Dan kita jumpa di lain entri dengan pengisian lebih menarik InshaaAllah.

Jika anda suka, jemput-jemput lah share dan ikut blog ini http://www.irdinaforamirul.com

Assalamualaikum dan jumpa lagi!

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *