Kotak Ilham adalah perniagaan keluarga Dina. Ia terhasil dari ilham adik dan ayah. Nama Kotak Ilham adalah idea dari ayah sejak bertahun-tahun yang lalu. Adik ambil nama tu untuk mulakan business paper-cut dia. Adik buat pop-up kad raya tahun ni, masa tu 2 bulan sebelum raya. Ordernya sangat memberangsangkan.

Pop-up Card (Raya Edition)

Pada mulanya ianya hanya hobi dan juga sebagai pendapatan sampingan untuk adik. Yang mengejutkan, tak sangka dalam seminggu order melebihi target masa tu. Ayah terinspirasi dari idea adik ni untuk mulakan business bersama.

Adik dan ayah mula ceburkan diri dalam bidang penghasilan kraft kulit. Dan tak sampai sebulan idea buat produk 100% handmade barangan kulit terhasil dengan jayanya.

100% handmade barangan kulit

Gambar dekat atas ni adalah antara produk pertama Kotak Ilham.

  • Mini Pouch
  • Medium Pouch
  • A5 Notebook Cover
  • Passport Cover
  • Handphone Holster
  • ID Tag
  • Quran Cover

Permintaan masa tu sangat tak di sangka. Adik dan ayah jadi lebih serious lagi. Mama jadi admin, dan Dina lebih focus untuk marketkan produk dari Kotak Ilham di Facebook Page Kotak Ilham. Anda boleh klik di link berikut : https://www.facebook.com/Kotakilham/

Pada saat ini Kotak Ilham dah 4 bulan beroperasi di pasaran. Dan Kami telah menambah lebih banyak lagi produk.

Antara produk Kotak Ilham

Apa sebenarnya produk yang Kotak Ilham ingin pasarkan??

Kami memegang pada konsep “Raw” & “Something Nice to Share”.

Highlight kami : produk kulit yang kami keluarkan adalah 100% handmade dan boleh engrave. Anda boleh engrave apa sahaja yang anda suka pada produk yang kami hasilkan.

Menarik bukan?? Jika anda ingin membuat tempahan atau berminat dengan mana-mana produk kami, anda boleh hubungi kami melalui media berikut:-

Sehingga ke post yang berikutnya!

Jangan lupa untuk share blog ini ke trakan dan keluarga anda! Terima Kasih!!!

Assalamualaikum…

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *