Di sini Dina akan bimbing anda bagaimana nak dapatkan Kad Kahwin Pintar dari Pejabat Agama Islam.

Berikut adalah proses jika anda ingin berkahwin dengan orang bukan warganegara di luar negara (Singapura):-

  1. Mendaftar nikah luar negara https://www.irdinaforamirul.com/daftar-nikah-di-luar-negara-singapura/
  2. Menikah di luar negara
  3. Mendaftarkan pernikahan yang di lakukan di luar negara ke Pejabat Agama Islam bagi mendapatkan Sijil Nikah Malaysia https://www.irdinaforamirul.com/permohonan-untuk-mendaftarkan-perkahwinan-yang-di-akad-nikah-di-luar-negara-singapura-untuk-di-daftarkan-di-malaysia/
  4. Ambil Sijil Nikah
  5. Buat Kad Kahwin Pintar

Okay kita start. Dina akan tunjukkan cara untuk anda dapatkan Kad Kahwin Pintar ini.

1)Pergi ke Pejabat Agama Islam Johor.

  • Berpakaian sopan dan menutup aurat.
Block A
  • Tuju ke block A
  • Masuk pintu ni
  • Nampak ni terus sahaja ke kaunter pertanyaan tu. Kalau tak sure boleh tanya. Tapi kalau malu boleh pandukan dari gambar ni.
  • Di belakang kaunter pertanyaan ada lift. Melalui gambar ni, Lift berada di belakangnya.
  • Kita akan pergi ke Bahagian Undang-Undang Syariah. Maknanya kita akan ke tingkat dua.
  • Sampai tingkat 2, keluar lift pergi ke kanan anda
  • Di sini kita akan berurusan

2)Anda ikuti arahan berikut

  • Sediakan salinan Sijil Nikah Malaysia
  • 1 keping gambar berukuran passport suami dan isteri latar belakang putih.
    **NOTA: Pastikan gambar anda menutup aurat.
  • Salinan IC dan passport suami isteri
  • Bayar RM40
  • Ambil borang ini dan isi
  • Selepas isi, serahkan borang ini kepada pegawai di kaunter
  • Setelah itu, anda akan di minta untuk membuat pembayaran di tingkat 4
  • Keluar lift, anda akan nampak ni. Ke kiri anda untuk membuat pembayaran
  • Sediakan duit genap-genap ye
  • Selesai buat pembayaran, turun semula ke tingkat 2 untuk tunjuk resit pada kaunter tingkat 2
  • Dan tunggu sekejap, kad anda sedang di proses
  • Amazingly, anda boleh collect kad anda pada hari yang sama. Tak sampai 2 jam pun semua proses ni
  • Dah Siap!!!!!

Senang kan??? hehe itu sahaja untuk entri kali ni, Moga urusan anda di permudahkan.

Salam jumpa lagi di lain entri.

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *