Kami adalah pasangan dari dua negara yang berbeza. Saya Irdina warganegara Malaysia, manakala suami adalah bukan warganegara dari Singapura.

Ketika kami nak cari maklumat untuk buat proses daftar nikah, sangat susah. Tiada maklumat atau guideline yang betul-betul boleh bantu kami.

InshaaAllah dalam entri ni, Dina akan tolong anda di luar sana yang menghadapi masalah seperti yang kami lalui.

So apa langkah pertama?

1) Kursus kahwin

Paling penting adalah hadir kursus kahwin di malaysia. Kebiasaannya pada sabtu dan ahad. 2 hari ye. Harga RM120 siap makan dan sijil kursus kahwin. Anda boleh pergi ke Pejabat Agama Islam di Johor Bahru untuk tanya tarikh yang ada slot kursus kahwin tersebut. Atau anda boleh sahaja call.

Pastikan bawa:

  • Duit RM120.
  • Bagi yang dah buat bayaran di pejabat agama, bawa resit bersama.
  • Sekeping gambar ukuran passport.
  • Salinan IC / passport.
Jadual Kursus Kahwin negeri Johor Tahun 2017

**NOTA: WARGANEGARA MALAYSIA WAJIB HADIR KURSUS KAHWIN YE. DAN BUKAN WARGANEGARA JUGA WAJIB.

Bukan warganegara macam suami Dina, dia kerja shift susah nak cari waktu yang dia cuti sabtu dan ahad untuk dia hadir kursus tu. Suami Dina ambil langkah berani tak ambil kursus tersebut. Hehehehe.

AMARAN: Jangan ikut cara ini. Anda kena pergi ye. Wajib. Kami hanyalah bernasib baik.

Selesai Kursus Kahwin selama 2 hari, mereka akan bagi Sijil seperti berikut:

Sijil Kursus Perkahwinan Islam

2) Daftar online E-NCR JOHOR

  • Wajib daftar online bagi warganegara negeri Johor. Negeri lain Dina tak pasti.
  • Wajib daftar paling lambat sebelum 3 bulan dari tarikh anda ingin nikah.
  • Layari laman web encr.johor.gov.my atau anda boleh sahaja pergi Pejabat Agama Islam block B tingkat 2. Di kaunter pertanyaan anda minta dia cara untuk daftar online.
Portal Online daftar Nikah Warganegara Johor
  • Buat ID dan katalaluan. Dan isi segala butiran yang di minta. Dan print borang yang telah anda isi tadi.
  • Borang yang perlu anda isi dan print:
    1. Slip Permohonan
    2. Slip Permohonan Nikah Luar Negara
    3. Laporan Kesihatan
    4. Borang Saksi
    5. Senarai Semak Borang Permohonan

3) Daftar online Registry Of Muslim Marriages (ROMM)

  • Anda wajib daftar online nikah ROMM kerana anda ingin nikah di Singapura. (Di lakukan oleh bukan warganegara)
  • Pasangan anda yang bukan warganegara kena daftar online untuk nikah di website Registry Of Muslim Marriages (ROMM). Anda boleh layari laman berikut: https://www.romm.gov.sg/about_marriage/romm_register_marriage.asp
  • Register di ROMM. Isi maklumat dan borang yang di minta.
  • ROMM akan beri Surat Pengesahan Status. Surat ini adalah bukti yang anda akan bernikah di Singapura.
  • Simpan Surat ini untuk di lamperkan sebagai sebahagian dokumen untuk di serahkan kepada Pejabat Agama Islam.
Borang yang anda isi di portal ROMM

4) Siapkan borang yang dah di print pada langkah ke 2 dan ke 3 diatas tadi.

Pada langkah ke-2 dan ke-3 tadi anda telah isi borang online di portal E-NCR Johor. Pada hujung sesi mengisi borang tersebut, anda di minta untuk print beberapa dokumen.

A) Berikut adalah dokumen yang perlu untuk pihak warganegara sediakan bagi di serahkan kepada Pejabat Agama Islam Negeri nanti:

  • Slip Permohonan Kebenaran Nikah
  • IC Pemohon
  • Sijil kursus perkahwinan
  • Result HIV Test
  • Surat Akuan Bujang / Dara
  • Salinan Kad Pengenalan 2 orang saksi

B) Berikut adalah dokumen yang perlu untuk pihak bukan warganegara sediakan untuk di serahkan kepada Pejabat Agama Islam:

  • Salinan IC
  • Salinan Passport
  • Result HIV Test
  • Surat Akuan Bujang / Dara
  • Surat Pengesahan Status

Dokumen A) dan B) ini perlu di sediakan dan anda di nasihatkan untuk buat 2 salinan bagi setiap dokumen tersebut.

Macam Dina dan suami, kami buat 3 salinan. Saja buat lebih, sebagai persediaan.

Okay mari Dina bimbing anda dengan setiap satu persatu dokumen tersebut.

Dokumen Warganegara (A)

  • Slip Permohonan Kebenaran Nikah (dapat dari portal online E-NCR Johor)
Slip Permohonan Jika berkahwin dengan bukan warganegara
Slip Permohonan Nikah Luar Negara
  • IC Pemohon (buat salinan dan bawa yang original IC)
  • Sijil kursus perkahwinan (buat salinan dan bawa yang original)
  • Result HIV Test (ambil borang dari Pejabat Agama Islam. Sah 6 bulan sahaja)
Borang Persetujuan Menjalani HIV
  • Surat Akuan Bujang/ Dara (minta dari majikan Islam atau minta dari Ketua Kampung / Penghulu Kampung. Anda boleh klik di link berikut: http://www.mppg.gov.my/ms/rakyat/ketua-kampung . Jika anda minta dari ketua kampung / Penghulu Kampung, bawa bersama ahli keluarga anda untuk menjadi saksi. )
Surat Akuan Bujang / Dara
**NOTA: Ketika anda berjumpa dengan Ketua Kampung / Penghulu Kampung anda akan di beri borang ini untuk di isi. Perhatikan No 2 di borang ini, “PENGESAHAN SAKSI PERMOHON” anda di minta untuk mengisi butiran saksi yang tahu bahawasanya anda adalah bujang. Senang kata keluarga kita. Pastikan anda bawa seorang ahli keluarga anda untuk meminta Surat Akuan Bujang dari Ketua Kampung / Penghulu Kampung.
  • Salinan Kad Pengenalan 2 orang saksi (pastikan saksi adalah lelaki dan bukan ahli keluarga anda. Anda boleh minta jiran atau kawan untuk jadi saksi anda. Pastikan anda minta tandatangan saksi ini juga. Dan tandatangan saksi ini harus di bawa berjumpa dengan penghulu kampung untuk dapatkan Surat Akuan Bujang)
Pengesahan Saksi Permohonan.
**NOTA: Bawa dokumen ini ketika ingin berjumpa Ketua Kampung / Penghulu Kampung untuk minta Surat Akuan Bujang.

Dokumen Bukan Warganegara (B)

  • Salinan IC (salinan IC sahaja, tak perlu Original IC sebab kita boleh submit dokumen tanpa pasangan bukan warganegara kita. Maksudnya pergi sendiri sahaja dah boleh)
  • Salinan Passport (salinan passport sahaja, bukan passport Original)
  • Result HIV Test (boleh di ambil di Singapura, negara asal pasangan bukan warganegara kita. HIV result sah hanya 6 bulan sahaja.)
  • Surat Akuan Bujang / Dara (boleh dibuat di ROMM. Di Singapura surat ini di beri nama “KEPUTUSAN MENCARI TARIKH NIKAH”. Di bawah surat ini anda akan mendapati ada perkataan “KEPUTUSAN”. Di sini di sertakan maklumat bahawasanya pasangan bukan warganegara anda “Tidak terdapat rekod pernikahan berdasarkan nombor Kad Pengenalan (pasangan anda)”. Ini bermakna pasangan anda tidak pernah berkahwin sebelum ini. Dan ini adalah bukti pasangan anda adalah bujang / dara)
Surat Akuan Bujang / Dara
  • Surat Pengesahan Status (boleh di dapatkan di ROMM. Surat ini adalah surat mengesah anda akan bernikah di luar negara iaitu Singapura. Jika pasangan bukan warganegara anda adalah perempuan, dia di minta untuk membawa wali ke ROMM bagi mengangkat sumpah untuk mendapatkan surat ini)
Surat Pengesahan Status

**NOTA: Surat Akuan Bujang / Dara & Surat Pengesahan Status di buat dalam satu masa. Pasangan Bukan Warganegara anda perlu menyediakan duit sebanyak $35

5) Hantar dokumen kepada Pejabat Agama Islam

  • Anda di minta untuk memakai pakaian yang menutup aurat dan sopan.
  • Bawa segala dokumen dari kedua belah pihak yang telah di siapkan seperti langkah 4 tadi.
  • Warganegara sahaja yang wajib hadir menghantar dokumen.
  • Pastikan dokumen ke semuanya telah di buat salinan paling kurang 3 salinan.
  • Selepas menghantar dokumen anda akan di minta untuk di temuduga oleh pegawai dari Pejabat Agama Islam. (soalan berkenaan agama sperti, doa qunut, rukun iman, rukun islam, dan sebagainya)
  • Setelah selesai temuduga, anda akan di minta ke bahagian Undang-Undang Syariah di block A untuk mengambil “Surat Kebenaran Nikah Luar Negara”
Surat Kebenaran Nikah Luar Negara
**NOTA: Anda di minta untuk membawa surat ini ke ROMM untuk di jadikan bukti bahawasanya warganegara Malaysia telah di benarkan untuk bernikah dengan bukan warganegara di luar negara. Surat ini juka merupakan bukti bahawasanya anda telah membuat pendaftaran nikah di pejabat agama. Dan jika anda tidak melakukan proses ini anda akan di kenakan denda sebanyak RM3000. Simpan surat ini untuk kegunaan memohon sijil nikah malaysia nanti.

**AMARAN: Surat ini sah laku selama 90 hari sahaja.

6) Daftar Nikah Di ROMM Di Singapura

Anda di minta untuk membawa dokumen berikut:

  • Kad pengenalan
  • Passport
  • Surat Akuan Bujang / Dara
  • Surat Kebenaran Nikah Luar Negara
  • Bawa wali bersama

**NOTA: Di atas adalah dokumen yang perlu anda bawa. Tetapi anda di nasihatkan untuk membawa ke semua dokumen yang anda telah sediakan sebelum ini ke ROMM sebagai langkah berjaga-jaga.

7) Anda Dah Boleh Kahwin!!

Setelah selesai segala langkah 1 – 6 di atas maka anda boleh senang hati untuk kahwin!!!! Selamat Menjalani kehidupan berumah tangga. Dan tahniah bagi anda yang ingin berkahwin tak lama lagi. Selamat Pengantin Baru!!

InshaaAllah anda boleh lihat di entri yang akan datang berkenaan “perkahwinan yang di jalankan di luar negara Singapura, untuk di daftarkan ke Malaysia”

Kalau suka, jemput-jemput la share blog saya ini ke kawan dan ahli keluarga anda. Terima Kasih.

Tags:

34 Comments

  1. Assalamualaikum, nak tanya kalau pr nak masuk singapore mudah tak, means, suami asal singapore, lepastu isteri kena stay singapore sekali.

    1. waalaikumsalam. maaf lambat respond. setahu saya pr boleh dapat jika anda dan suami mempunyai anak yang di lahirkan di singapura. dan ada pelbagai lagi terma dan syaratnya. macam saya, sementara tunggu ada anak, suami applykan dulu long term visit past. dengan pass ni saya boleh keluar masuk singapore malaysia tanpa risaukan tempoh saya berada di singapura. dan memudahkan urusan untuk keluar masuk checkpoint sebab bila dah dapat pass ni, saya tak perlu isi white card. semasa apply long term visit pass tu nanti pegawai ICA singapura akan beri tahu boleh apply untuk pr.

    2. Walaikumuslam Siti, maaf yang teramat sebab lambat reply. mengikut soalan siti yang Dina faham, suami siti singaporean. dan siti malaysian. siti nak ikut suami tinggal di singapore. kalau mengikut dari yang Dina faham, jawapannya mudah untuk siti tinggal bersama suami di singapura. yang pentign siti kena sediakn documents untuk mohon long term visit pass / PR di singapura.

  2. as salam.. sis ni wrganegara prempuan nikah kat singapura..incase kalu nak nikah kat mlaysia prosedur still sama ke.. perempuan wrganegara lelaki singapura..

    1. Walaikumsalam nur, okay maksudnya lelaki singapura, perempuan malaysia, dan nak nikah di malaysia. prosedur bebrbeza sikit sahaja, semuanya sama, cuma dekat side malaysia tak payah buat permohonan untuk nikah di luar negara. cuma pasangan nda yang lelaki kena pergi ke side singapura dan tanya mereka berkenaan lelaki singaporean nak nikah di luar negara mereka (malaysia). sebab sekarang musim covid, ada banyak perubahan sikit. Musim covid biasanya banyak urusan melalui talian di singapura ni, Nur boleh minta pasangan (lelaki) untuk call ROMM tanyakan proses lelaki singaporean nak nikah di malaysia. moga info ni dapat bantu Nur dan pasangan.maaf ye Dina lambat reply.

  3. Hye akak nak bertanya saya bulan 10 ni nak kawin dengan orang singapore, saya orang malaysia. Kami nak nikah dekat singapore jadi berapa bulan awal kene buat persediaan ye?

    1. hi siti hajar. maaf lamabt reply comment awak. hmmmm hajar kena buat persiapan seawal 6 ke 3 bulan sebelum tarikh nikah. Biasa singapura nak tunggu kebenaran dari malaysia yang menyatakan awak nak menikah di singapura. Awak kena urusankan documents dari side malaysia 6 bulan sebelum tarikh nikah dulu. setelah tu malaysia akan bagi awak surat kebenaran nikah di luar negara (singapura). lepas tu awak dah boleh ke singapura untuk apply nikah di singapura pula. tak silap Dina 3 bulan sebelum nikah perlu selesai side Singapura. selamat menjalani alam baru iaini perkahwinan. moga berbahagia hingga ke jannah. Tapi musim covid ni, mungkin hajar dan pasangan boleh hubungi kedua dua belah pihak, iaini malaysia dan singapura kalau kalau ada perubahan dari segi proses ke. sebab covid ni macam macam yang berubah. moga Allah mudahkan urusan hajar dan pasangan.

  4. Assalamualaikum.. info yang bagus.. tapi sekarang MCO kan.. jadi saya tak tahu la lepas ke tak nk buat semua ni.. terpaksa post surat guna abang lori.. ulang alik la guna khidmat abang lori.. lagi 1 kan, agak2 boleh lepas ke kalau saya tak pergi pejabat agama islam sendiri dan hanya wakil kan ibu & ayah angkat saya? Btw saya anak angkat . Wali pon nak guna wali hakim kan..

    1. Wa’alikumussalam Syuhaila. sekarang musim covid ni mostly singapore akan buat online. mungkin kalau di side Malaysia Syuhaila boleh try call/email pejabat agama islam. musim covid ni banyak procedure yang berubah. Wakilkan untuk ambil borang boleh. tapi kalau nak ambil surat kebenaran nikah luar negara, awak kena kr pejabat agama sendiri. tapi apa-apa pun awak kena call dulu. sebab tak tahu musim covid ni ada perubahan ke tak. MOga Allah mudahkan urusan Syuhaila dan keluarga untuk membina masjid ni. terima Kasih sebab singgah di blog Dina ni.

    2. Salam saya Sida dari singapura. dan pasangan saya dari Johor. Saya nak tanya bagaimana cara untuk bernikah secara online . Apa yg saya dan pasangan saya harus uat dulu . Memandangkan keaadaan sekarang tengah Covid. Terima kasih

      1. Wa’alaikumussalm Sida. berkenaan soalan Sida, Dina tak berapa pasti. tapi ada salah seorang pembaca blog Dina bagitahu yang prsedurnya tetap sama seperti yang Dina tulis, hanya sahaja perlu quarantine semasa ingin masuk ke singapura untuk pergi ke ROMM atas urusan nikah. dan nikah secara online tu dina tak berapa pasti. mungkin Sida dan pasangan boleh bertanya kepada ejabat agama islam malaysia dan ROMM. maaf ye kalau tak membantu. dan maaf sebab lambat reply. Moga di mudahkan urusan sida dan pasangan. Selamat menjalani ibadah puasa.

  5. Hai Assalamualaikum Dina.
    Saya lelaki Malaysian dan bakal isteri saya Singaporean.
    Ada perbezaan tak kalau lelaki warganegara dengan belah perempuan yang warganegara dari segi procedure?
    Dan untuk penyediaan semua langkah kat atas ni, Pn Dina dah buat sebelum PKP mula ataupun hanya bermula sewaktu musim PKP ya?
    Saya dan pasangan masih mencari jalan macam mana nak selesaikan masalah ni since kat KL masih PKP, sedangkan kat Singapore dah Phase 3.
    Dan bila dah berkahwin nanti boleh ke saya keluar masuk Malaysia-Singapore untuk tujuan kerja? Minta pencerahan kalau tahu. Terima kasih

    1. Wa’alaikumussalam.
      kalau mengikut apa yang saya faham procedure nya sama sahaja lelaki malaysian atau singaporean. saya menikah 3 tahun yang lepas. jadi semua langkah yang saya beri di atas adalah berdasarkan 3 pengalaman saya 3 tahun yang lepas. dan procedure tak pernah berubah. cuma musim covid ni sahaja procedure mungkin berubah. mungkin awak boleh call pejabat agama di malaysia dan singapore bertanyakan soal ini. maaf tak dapat nak bantu.

      InshaaAllah jika semua dah selesai dan menikah, awak boleh keluar masuk Malaysia-Singapore atas urusan kerja hari-hari. cuma covid ni kena bayar dan kena buat swab test. mungkin saya kena buat penulisan entri yang baru berkenaan kerja di singapore ulang-alik balik malaysia. terima kasih sebab beri saya inspirasi baru untuk menulis.

      harap jawapan saya dapat bantu awak dan pasangan selesaikan urusan pernikahan. moga segalanya berjalan lancar. terima kasih singgah di blog saya.

  6. Salam hi. Tahu tak prosedur utk berkahwin semasa covid ni? Sbb pasangan org sgpore and saya malaysian. Try cari info tapi tak jumpa apa pun. Tq

    1. Wa’alaikumussalam Ain, maaf untuk soalan awak ni, saya tak berapa tahu. tapi apa yang saya tahu di singapura sekarang segalanya online. mungkin awak boleh minta pasangan untuk check online di ROMM atau call untuk bertanya. Maaf saya tak dapat nak bantu dengan lebih dalam. harap urusan awak dan pasangan di mudahkan. terima kasih kerana singgah di blog saya.

  7. Terima kasih Dina bagi info yang sangat mendalam dan terperinci. Saya pun orang Johor dan pasangan SC. Sepatutnya kawin tahun lepas, tapi disebabkan covid ni, terpaksa tangguh ke tahun ni. Bagi sesiapa yang nak kawin musim covid ni, prosedur tetap sama dengan apa yang Dina terangkan dalam blog ni. Tambahan lain cuma cost quarantine kat SG and bila balik Msia je. Itu saja… Saya akan masuk sorang ke SG nanti dan akan dapatkan kebenaran Ayah(Wali) Surat Kebenaran yang disediakan ROMM… tapi sedih la sebab Ibu Ayah tak dapat tengok saya nikah. Sobsss

    1. Terima Kasih. Ramai yang tanya Dina tentang procedure nak kahwin masa covid ni. Alhamdulillah awak bagi jawapan untuk persoalan mereka. terima kasih sangat

    2. Assalamualaikum ct nak tanya saya warganegara dan pasangan org SG bila kita mohon kebenaran nikah di SG wali boleh masuk sekali ke?saya dalam proses uruskan document InsyaAllah bulan 8 nikah disana

      1. Hi sis. Sorry kita jawabkan sebab kita nak nikah awal bulan 4 ni. And now tengah quarantine with my parents. You can enter sg with your parents cuma kena doing quarantine 14days 😄. And mohon MTP untuk side malaysia. Sis apa2 nak tanya sis boleh contact kat fb kita NUR AZLINDA FAZERA (dp baju yellow) or email je

        1. Thank you Azlinda sebab tolong jawabkan. Sesama Kita bantu satu sama lain. Moga urusan awak semua di mudahkan. Salam Ramadhan dari Dina sekeluarga.

  8. assalamualaikum..
    maaf ingin bertanya bakal suami saya singapore dan saya malaysia
    kami bercadang ingin berkahwin online atas sbb bakal suami ada urusan dekat tempat kerja yang tak dapat dielakkan untuk datang ke malaysia.. adakah procudure same dengan berkahwin secara biase,,?
    dan biasanya dalam proses perkahwinan masa covid ni mengambil masa berape lama untuk proses.?
    sbb bakal suami sudah hntar email untuk buat temu janji dengan romm,untuk buat pertanyaan mengenai kahwin online,,, tapi kene tunggu giliran,, untuk temu janji….
    soalan saya proses untuk daftar perkahwinan tu boleh terus diisi saja dalam pendaftaran online dekat romm atau perlu tunggu jawapan email dari romm ?

    1. Wa’alaikumussalam Shar, Dina tak pasti tentang pernikahan semasa covid ni. tapi ada seorang pembaca dina bagitahu procedure masih sama seperti yang dina tulis dalam blog dina ni, hanya perlu tambah cost quarantine di singapore bila nak balik malaysia nanti. untuk pertanyaan kedua awak, proses berapa lama ambil masa, Dina tak pasti. maaf ye. sebaiknya untuk maklumat yang lebih terperinci mungkin awak boleh hubungi pejabat agama malaysia dan ROMM. maaf ye tak dapat nak bantu persoalan awak. Moga segalanya di mudahkan bagi awak dan pasangan.

  9. Salam Dina. Saya nak tanya, sekiranya pernikahan tu diadakan di Malaysia, nanti kita perlu register pernikahan tu di Singapura juga ke? Saya orang Malaysia dan suami orang Singapura. Kami langsungkan pernikahan di Malaysia tahun lepas dan di Singapura seingat saya, kami takde daftar apa-apa dah. Terima kasih Dina!

    1. Wa’alaikumussalam Farhana. Jika awak ada urusan di Singapura seperti ingin membeli rumah, melahirkan anak, atau bekerja di Singapura, kerajaan SIngapur akan minta sijil nikah. awak kena pergi ROMM bagitahu ROMM yang awak dah menikah di malaysia. Untuk kepastian yang lebih lanjut awak boleh call ROMM. maaf jika jawapan saya tak berapa nak bantu awak. Moga Allah mudahkan urusan awak dan pasangan.

  10. Hye assalamualaikum pn irdina…sye malaysian dan bakal suami singaporean….kalau bakal suami nak nikah dekat malaysia and after nikah tu kalau misal kata sye nak ikut suami pg singapore and stay sana mcm mana prosedur utk daftar kat singapura??adakah perlu nikah sekali lagi di singapore atau mcm mana??? Atau ada denda dia???

    1. Wa’alaikumussalam Diana. Untuk soalan awak prosedur daftar dekat singapura jika nikah di malaysia, itu saya tak pasti. setahu saya, selepas nikah di malaysia, awak perlu inform ROMM yang awak telah menikah di malaysia. tapi prosedur secara terperinci saya tak pasti. tentang denda dan nikah sekali lagi saya tak tahu pula. maaf ye Diana. terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Moga Allah mudahkan urusan awak dan pasangan.

  11. Assalam sis sy jai sy nk tye sy dr kl dan bakal isteri org sg dan kami dlm proses nk bernikah bakal isteri ada ank bila kami bernikah kami akn tgl di kl bolehke wife dan ank2 ikut pindah sekali duduk di malaysia?mcm mn proses tu ye

    1. Wa’alaikumussalam Jai. Untuk pertanyaan saudara, saudara boleh bawa anak dan isteri tinggal di Malaysia. Berkenaan dengan proses, saudara harus register dan nikah di Malaysia untuk dapatkan sijil nikah malaysia agar dapat memudahkan urusan saudara dan isteri nanti tinggal di Malaysia. Saudara kena jadi penjamin bai bakal isteri dan anak untuk dapatkan PR di malaysia. selebihnya saya tak berapa pasti prosedurnya. Suadara boleh hubungi jabatan immigresen negara.

  12. Hi Dyana, wali boleh masuk sekali tapi kena standby tanggung cost quarantine kat SG untuk 2 orang (Untuk Dyana & Wali). Dan pasangan kena inform ICA untuk kebenaran masuk ke SG nanti.

    1. Terima Kasih CT, sebab tolong jawabkan. Moga urusan awak semua di mudahkan. Selamat menjalani ibadah puasa di bulan penuh barakah ini.

    1. maaf reply lambat. sekadar bertanya untuk jawab lebih detail tentang soalan awak. kedua pasangan masing-masing penganut agama apa ye? sebab jika kedua pasangan adalah warganegara malaysia, tapi berbeza agama, dan ingin kahwin civil di singapura. kahwin civil di singapura tidak dibenarkan ke atas penganut agama Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *