OOTD HARI KE DUA DI KOREA
(Theme: Fall/Autumn)

by Irdina

Assalamualaikum.. Hai!


Rasa macam dah lama tak menulis. Padahal baru semalam sahaja tak menulisnya tu. Rasa rindu pula nak menulis. Sehari tinggal, rasa macam dah berminggu tinggal blog.

Semalam Dina and suami masuk Jb. Pergi Midvalley Mega Mall Southkey. Saja nak luangkan masa bersama anak, sambil-sambil pusing cari kasut baru untuk ‘Izz Asad. Maklumlah orang baru dapat kaki. Nak berjalan aja. Seronok dia dapat kasut baru. Satu mall kalau boleh dia nak jalan,

Jauh pula Dina menceceh. Okay la Dina focus pada topik yang di janjikan. Untuk entri kali ni, Dina dah janji nak kongsikan outfit kami di Korea pada hari Ke-Dua di sana.

Untuk hari kedua Dina masih kekalkan tema autumn, iaini musim luruh. Dina memakai warna coklat, dan kekuningan.

Jom lihat.

Kasut

Dina ulang semula kasut hari pertama. Anda boleh lihat di post yang sebelum ini. Klik link di bawah untuk lihat:

https://www.irdinaforamirul.com/outfit-musim-luruh-autumn-outfit-ootd/

Baju (Top)

Untuk hari kedua kami anak-beranak pakai knitwear. Bertemakan warna coklat juga. Tapi lebih light color nya.

  • Knitwear Irregular design untuk Dina
  • Knitwear with hoodie untuk Suami
  • Knitwear with hoodie untuk ‘Izz Asad

Seluar (Bottom)

Untuk seluar, Dina pilih warna mustard / kekuning. Masih focus pada warna musim luruh. Dan untuk Dina, Dina memilih kain lebih selesa. Kain Dina jenis irregular design, Dina pakai seluar dekat dalam. Setiap kali Dina pakai kain / jubah, Dina akan pakai seluar panjang dekat dalam. Sebagai langkah berjaga-jaga, takut angin tiup terselak nampak aurat kaki kita. Lagi-lagi nak naik tangga, atau nak masuk kereta ke. Risau bahagian kaki ternampak walaupun tak sengaja. Selagi boleh Dina akan elak.

  • Mustard cotton pants untuk suami
  • Mustard polka dot irregular skirt untuk Dina
  • Mustard cotton pants untuk ‘Izz Asad

Scarf

Scarf ni pula, tidak seperti outfit sebelum ni. Kali ni cuma Dina sahaja yang pakai. Sebab suami dan anak pakai baju ada hoodie. Jadi nampak tak sesuai kalau diaorang pakai neck scarf tapi ada hoodie bajunya. Dina pilih untuk pakai scarf / tudung dari naelofar hijab. Sebab ia lebih nampak klasik designnya.

Jeju Full day 2 OOTD

Sorry lah Dina edit gambar di atas kurang bagus sikit kualitinya. hehehehe…..


Okay itu sahaja lah OOTD kami di Jeju Island, Korea. Sepanjang 6 hari kami di sana, kami ada 3 combo set outfit. So ulang-ulang lah untuk 6 hari di sana 3 set combo tu. Tak perlu bawa baju sampai 6 pasang kalau nak melancong 6 hari. Memberatkan bag sahaja. Basuh ulang-ulang pakai.

HUH!!!! Basuh baju ?? hehehe Dina nak pastikan baju yang kami sekeluarga pakai bersih setiap kali pakai sebab baju tersebut nak di bawa solat. Kalau boleh nak baju tu bersih dan kemas. Rasulullah suka orang yang bersih dan kemas. Kebersihan sebahagian dari iman. Selagi boleh nak ikut sunnah, kita ikut sama-sama ye.

Nanti Dina akan share macam mana nak basuh baju bila travel dan nak bagi baju tu cepat kering macam mana.

Salam jumpa lagi ye. Share share la penulisan ni dengan kawan-kawan dan keluarga ye.
Terima Kasih.

Assalamualaikum….

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *