OOTD HARI PERTAMA DI KOREA
(Theme: Fall/Autumn)

by Irdina

Seperti yang di janjikan Dina nak share outfit kami anak-beranak ketika bercuti di Jeju Island, Korea.
Bila Autumn atau luruh ni, Dina dah bayangkan warna kuning, coklat, jingga. Sebab musim ni adalah musim bunga akan berubah pada warna jingga kekuningan dan layu warna coklat. So Dina focus pada warna ni dalam pemilihan warna baju.

Musim luruh Korea start dari September hingga November. Sebelum musim luruh adalah musim panas (summer). Musim panas korea adalah pada bulan Jun hingga Ogos. Dina terbang ke Jeju pada awal September. Dan pada ketika itu, musim luruh dan suhunya tidak lah sejuk sangat.

Di sebabkan awal September di Jeju tidaklah terlalu sejuk kami hanya pakai sweatshirt / knitwear sahaja. Dan pokok atau bunga di sana belum lah gugur lagi. Jika anda ingin menikmati pemandangan yang cantik, melihat Jeju bertukar warna jingga, datang lah pada hujung bulan October hingga ke November.

**NOTA: Awal musim luruh di Jeju hujan sering turun. Elakkan datang pada ketika ini. rugi aja pergi mana-mana hujan.

Okay lah Jom kita lihat Outfit apa yang Dina sediakan untuk kami anak-beranak di sana.

Kasut

Dina memilih untuk pakai boots. Sebab sana selalu hujan, tanah akan lecak jadi Dina pilih untuk pakai boots. Warna boots Dina focus color coklat (brown). Sebab coklat warna tanah. Dan Design boots Dina pilih design Chelsea Boots, nampak klasik.

  • Boots Dina, Woman Medium Cut Boots, dari Asos
  • Boots Suami, Man Medium Cut Boots, dari Asos
  • Boots ‘Izz Asad Baby Medium Cut Boots

Apa itu Design Chelsea Boots? Sila lihat gambar di bawah. Kalau anda perhatilkan design kasut sama pada bahagian tepi boots. Design ini di namakan dengan Chelsea Boots.

Chelsea Boots
Snap 1 gambar dengan boots kami

Nampakkan dalam gambar lantai basah. Hujan sahaja di sana. hmmm Sedih jalan hujan sana- sini. Tak apa inshaAllah repeat Jeju lagi nanti. Tapi….. di lain musim hehehe…. So anda kena lah pilih musim betul-betul ye. Jangan tengok tarikh tiket murah sahaja. Tengok juga musim apa ketika itu.

Baju (Top)

Baju pula Dina pilih untuk pakai Knitwear / Sweatshirt. Sebab suhu sana 18°C-23°C, suhunya seperti dalam aircond. Jadi Dina pilih untuk pakai baju jenis ini. Knitwear untuk Dina, sebab lebih nampak feminine. Dan Sweatshirt untuk heroes Dina dua orang tu. Oleh kerana musim ni suasananya kekuningan, Dina pilih warna Kuning untuk baju. Macam yang Dina cakap, kami tak suka exactly sama. tapi masih nak nampak senada dan se-tema, jadi shades color tu lain-lain tapi masih nampak matching-matching gitu.

  • Knitewear Yellow untuk Dina, dari Asos
  • Sweatshirt Mustard untuk Suami, dari Asos
  • Sweatshirt Mustard untuk ‘Izz Asad, dari Zara

Seluar (Bottom)

Untuk Seluar ni, Dina pilih warna langit iaitu warna biru. Material, Dina pilih denim / jeans. Suami, Dina pilihkan denim pants. ‘Izz Asad, Dina pilih untuk pakaikan dia overall denim. Dan Dina pula pakai skirt. Dina suka pakai skirt sebab skirt tak menampak bentuk kaki, Dina lebih selesa dengan skirt.

  • Skirt Dina, Denim Irregular Skirt
  • Seluar Suami, Denim Pants, Zalora
  • Seluar ‘Izz Asad, Denim Overall, Oshkosh Singapore

    **NOTA: Memilih sama ada memakai seluar atau kain bagi wanita adalah penting. Pastikan anda memakai pakaian yang menutup aurat, dan tidak menampakkan susuk tubuh. Moga Allah merahmati kita dan sentiasa melindungi kita dari perkara yang DIA murka. Aamiin.

Scarf

Warna scarf Dina pilih untuk sama macam baju, bertemakan warna kuning juga. Cuma kali ni scarf Dina color mustard, untuk di padankan dengan baju dua orang heroes tadi, baju dorang color mustard. Dan untuk neck scarf ‘Izz Asad Dina pilih light yellow supaya lebih kurang sama baju Dina light yellow. Neck scarf suami pula, color light yellow macam baju Dina di contrastkan dengan warna hijau laut.

  • Neck scarf suami, Keffiyeh dari Arab Saudi
  • Scarf Dina, tudung yang Dina sedia ada
  • Neck scarf ‘Izz Asad dari Aliexpress sebab cari dekat kedai baby tak jumpa color ni

Jeju Full Day 1 OOTD

Ini lah OOTD kami pada hari pertama bercuti di Jeju Island, Korea. Terinpirasi dari outfit ini? Boleh, anda boleh tiru atau ambil idea dari perkongsian Dina ni.

Jika anda suka dengan penulisan dan perkongsian Dina, jemput-jemput lah share ye. Terima kasih!

Salam Jumpa Lagi!!!

Tags:

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *