Assalamualaikum. Hai!

Mesti anda tak sabar, dan tertunggu-tunggu post kali ni. Lagi-lagi bagi anda yang baru sahaja selesai menikah. Mungkin ada yang baru balik honeymoon. Seperti yang di janjikan Dina nak share procedure yang perlu anda lakukan setelah anda selesai bernikah di luar negara.

Rata-rata anda yang membaca post ini mesti dari entri yang sebelum ini kan. Bagi yang masih blur dengan cara daftar nikah di luar negara-Singapura anda boleh dapatkan maklumat dari link berikut : https://www.irdinaforamirul.com/daftar-nikah-di-luar-negara-singapura/

Bismillahrahmanirrahim….

Mari kita mulakan. Okay setelah selesai nikah di luar negara-Singapura, anda akan di beri Sijil Nikah dari kadi Singapura. Anda akan menggunakan sijil ini untuk mendaftar pernikahan luar negara anda ke Pejabat Agama Islam Johor.

Ikuti langkah-langkah berikut:

1)Sediakan Dokumen berikut untuk di bawa ke Pejabat Agama Islam Johor

  • Sijil Nikah Singapura (sediakan salinan juga)
Sijil Nikah Singapura
  • Kad Pengenalan wargenagara dan bukan warganegara (sediakan salinan juga)
  • Passport warganegara dan bukan warganegara (sediakan salinan juga)
  • Surat Kebenaran Nikah Luar Negara (sediakan salinan juga)
Surat Kebenaran Bernikah Di Luar Negara
**NOTA: Lakukan proses pendaftaran ini secepat mungkin kerana Surat Kebenaran Nikah luar Negara valid selama 90 hari sahaja.
  • Sijil Kursus perkahwinan warganegara dan bukan warganegara (sediakan salinan juga)
Sijil Kursus Perkahwinan

**NOTA: Jika anda tidak hadir kursus Perkahwinan , anda di minta untuk hadir kursus kahwin sebelum proses ini. RM120 untuk hadir ke kursus perkahwinan.
  • HIV Test bagi warganegara dan bukan warganegara. (sediakan salinan juga. Jika HIV test anda sudah tidak vaild, anda di minta untuk mengambil sekali lagi HIV Test.)

**TIPS: Lakukan pendaftaran ini secepat mungkin setelah bernikah. Kerana anda boleh guna HIV Test yang anda ambil semasa sebelum nikah. Kerana HIV Test hanya valid selama 6 bulan dari tarikh anda ambil test tersebut.

Di atas tadi tu adalah dokumen yang perlu anda bawa ke Pejabat Agama Islam Johor untuk daftarkan akad nikah yang telah di jalankan di Singapura.

2)Serahkan dokumen ke Pejabat Agama Islam Johor

  • Anda boleh pergi ke block B , tingkat 2. Keluar lift di sebelah kiri anda. Dan ambil nombor. Boleh cakap dekat Akak yang jaga kaunter pertanyaan tu “Saya nak daftar nikah di malaysia, yang mana saya telah bernikah di luar negara Singapura”.
  • Dapat nombor anda boleh tunggu sama ada kaunter 1 / 2
  • Nanti dia akan bagi borang checklist untuk check dokumen yang perlu kita beri pada dia.
  • Dan setelah selesai anda boleh beri dokumen tersebut pada dia, dan dia minta anda untuk pergi ke kaunter bayaran / pengambilan borang. Untuk membuat pembayaran bagi mengambil borang 7 sebanyak RM14
  • Selepas itu, lelaki / suami di minta untuk melafazkan lafaz ta’lik. Pegawai Agama Islam itu akan tanya sama ada anda pandai baca jawi atau tidak. Dan beliau akan beri text untuk di baca.
  • Selepas selesai lafaz ta’lik, anda akan ke kaunter 1/2 semula untuk mengisi borang 7 dan serahkan pada pegawai yang bertugas di kaunter tersebut.
  • Dia akan beri anda resit RM14 tadi dan disertakan dengan tarikh untuk anda datang ambil (collect) Sijil Nikah Malaysia pula. Kebiasaanya mengambil masa selama 2 minggu.

Dengan ini, anda telah selesai mendaftarkan pernikahan yang anda jalankan di Singapura ke Pejabat Agama Islam Johor.

3) Datang ambil Sijil Nikah Malaysia

Ambil Sijil Nikah Malaysia anda di block B, tingkat 2, keluar lift ke kiri.

Sijil Nikah Malaysia

Anda hanya lah dapat Sijil Nikah Malaysia sahaja. Anda belum lagi dapat kad kahwin pintar lagi ye. Untuk dapatkan anda kena lalui proses yang lain pula. Di entri yang akan datang Dina akan share ye.

Kalau anda tak pasti atau ingin betulkan mana yang anda rasa perlu di betulkan atau mungkin anda nak share pengalaman anda, anda boleh sahaja utarakan pada Dina di ruang komen yang tersedia.

Bagi anda yang ingin melakukan urusan ini, Moga Allah permudahkan urusan anda.


Assalamualaikum dan jumpalagi di lain entri.

Tags:

5 Comments

  1. sy nikah di singapore bulan 10 / 2020 masa sempadan belum bukak lagi due to covid. Sy PR kat sini and takde apply permohonan nikah di luar negara sebab preparation semua kat singapore termasuk kursus kahwin. sekarang tak tau macam mane nk proceed untuk dftr nikah kat malaysia. Boleh advise tak mcm mane nk proceed utk dftr nikah

    1. Assalamualaikum… Hi Aqilah, maaf sebab lambat reply. tak ada masalah aqilah. Awak boleh tunggu sehingga border buka, baru awak daftar nikah di malaysia. malaysia boleh tunggu kita selama mana yang kita nak. cuma nanti masa awak nak daftar nikah di malaysia, kemungkinan awak perlu buat HIV test semula sebab HIV test dah tamat tempoh. HIV test kan cuma valid selama 6 bulan. ikut budi bicara pegawai yang bertugas masa nak daftar dekat malaysia nanti. Macam dina, Dina dah nikah di singapura, selepas setahun setengah baru Dina daftar dekat malaysia. pegawai tu baik hati, tak suruh kami buat HIV test lagi sekali, walaupun dah lebh 6 bulan. InshaaAllah nanti bila brder dah buka, Aqilah dan pasangan boleh daftar di malaysia pula. moga Allah mudahkan urusan kita.

  2. Salam.. Hai boleh share apa kelebihan bernikah di Singapore dr bernikah di Malaysia? And bila dpt baby ada extra benefits ke?

    1. Walaikumusalam Azie, kalau plan nak duduk di Singapura, Dina rasa nikah di Singapura lebih banyak benefits nya. Sebab nanti senang untuk apply PR, visit pass, and paling penting bila ada anak nanti. Macam Dina, Dina nikah di singapura sekejap je dah dapat visit pass, tak perlu tempoh masa yang lama pun, sebab document nikah dah memang in engslih. kebanyakkan urusan kerajaan di singapura memerlukan bahasa inggeris, jadi kalau nikah di malaysia, surat nikah kita akan dalam bahasa melayu. Singapura akan minta kita untuk pergi pejabat yang berkenaan di malaysia untuk tukar kepada bahas inggeris. boleh di katakan agak rumit, dan memanjang proses. dan kalau dapat anak, anak itu nak dilahirkan di singapura, dapat lah kita harga lebih murah dari harga foreigner. dapat je baby, senang untuk kita dan pasangan mohon beli rumah di singapura. dan kita akan dapat banyak subsidi dari kerajaan singapura dengan adanya anak warganegara singapura. Banyak lagi benefitsnya, mungkin Dina patut tulis entri yang baru tentang ni. Terima Kasih Aize bagi soalan yang membuka idea untuk Dina.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *