Masa Dina bercuti di Jeju dengan suami dan anak kami, kami memilih untuk sewa kereta dan drive di sana. Sebabnya bawa anak, dengan stroller lagi. Jadi lebih ringkas kalau kami sewa kereta.

Ramai orang kita, rasa takut untuk menyewa di luar negara, takut kena saman, takut tak tahu jalan. Bahasa pun lain, susah nak bertanya. Lagi-lagi Korea pemandu di sebelah kiri.

Tapi!!!!! Sebenarnya memandu di Jeju bahkan lebih mudah dari memandu di negara kita, Malaysia. Dina sangat kagum dengan cara orang sana memandu kereta.

  • Dorang tak pernah follow kereta rapat
  • Pemandu di Korea, lebih-lebih lagi Jeju Island, sangat mematuhi had laju
  • Jalan raya mereka rata dan tak berlubang-lubang. Cantik je
  • Sewa kereta di sana sangat murah dari expectation kami
  • Kadar bayaran parking mereka kebanyakkannya ikut size kereta berapa cc

Walaupun pada mulanya Dina rasa takut nak drive sebelah kiri. Risau salah masuk jalan. Risau tak tahu jalan. Tapi bila dah start drive sangat lah senang. Alhamdulillah. Cuma kita pemandu yang memang asalnya drive sebelah kanan, akan memandu lebih ke arah kanan jalan. So, kena selalu tengok side mirror and selalu tetapkan pemanduan di tengah jalan.

Langkah perlu anda ambil sebelum tempah kereta sewa untuk memandu di Jeju

Apply International Driving Permit (IDP)
Lesen kereta Malaysia tak boleh di gunakan Di Korea. Anda kena ada permit untuk memandu di Korea. Nak dapatkan permit ni mudah sahaja. Anda boleh pergi JPJ atau UTC untuk apply IDP ni. Hanya perlu sediakan dokumen berikut sahaja:-

– Kad Pengenalan / Passport Original dan salinan
– 1 keping gambar berukuran passport berlatar belakangkan warna putih
– Lesen memandu Original dan salinan **Pastikan tarikh luput melebihi setahun & anda mempunyai pengalaman memandu selama 2 tahun.
– Sediakan duit RM150

Resit pembayaran IDP

Dan dapatlah IDP anda dalam masa beberapa jam sahaja, Senangkan????

International Driving Permit

Bila dah dapat IDP boleh lah anda start sewa kereta!!! yeayyyy….. hehehe Tapi Dina suggest kalau nak buat tempahan online, buat 2 bulan sebelum tarikh sebenar anda ingin pakai kereta sewa. Sebab harga mungkin agak sedikit tinggi kalau anda book last minute.

Cara nak cari kereta sewa yang murah di Jeju


Cara sewa kereta ni ada banyak cara. Kalau kita tengok dalam kebanyakkan blog-blog lain kebanyakkan akan cadangkan untuk anda pergi ke website syarikat kereta sewa di Jeju Island. Kemudian anda di minta untuk sign up sebagai member di website tersebut. Antara syarikat yang popular di kebanyakkan blog akan mention dua nama syarikat berikut:

Kebanyakkan orang yang dah pernah melancong ke Jeju, yang menyewa kereta akan guna cara di atas. Tapi lepas Dina pergi dari satu website ke website yang lain. Dina sign up as member pada banyak syarikat kereta sewa Jeju. Kebanyakkan harga lebih kurang selepas daftar member. Discount tidak lah banyak. Kadar discount setiap syarikat adalah berbeza. Dan kadar discount mereka berubah-ubah mengikut musim. Lebih-lebih lagi di waktu winter. Tayar kereta ketika musim sejuk akan di tukar dan anda kena berhati-hati jika sewa kereta pada musim sejuk. Pastikan tayar kereta yang di sewa menepati piawaian pemasangan tayar pada musim sejuk.

**P/s: Personally Dina tak prefer drive di negara orang ketika musim sejuk. Sebab kita tak ada pengalaman. Dan risiko mungkin tinggi. Ambil langkah selamat untuk tidak drive.

Lama juga Dina buat survey kereta sewa di Jeju. Sampai lah satu hari Dina tergerak untuk buat satu cara ni. Dan ternyata jauh lebih murah dan berbaloi. dan bahkan di percayai.


okay kita buat perbandingan, Dina nak sewa kereta selama 5 hari. Dan Dina memilih untuk drive kereta paling kecil sebab senang nak parking. Parking lebih murah untuk kereta yang kecil. Dan paling penting tak makan minyak banyak. Dina nak kereta Kia Morning (paling kecil). Dina focus dua perkara ni:

  • kereta yang kecil untuk save minyak, save bayar parking dan senang parking
  • sewa selama 5 hari
  • dekat dengan airport untuk memudahkan pick up and return kereta nanti
  • Ada English GPS
  • Kereta Auto

okay jom kita bandingkan…………

Harga sewa kereta untuk 5 hari di Jeju mengikut bebrapa syarikat.

Perhatikan harga dia atas. Harga semua lebih kurang. Tetapi syarikat AJ nampak macam mahal kan? Sebenarnya selepas anda register sebagai member di website AJ, anda akan dapat 35%-60% discount. Maknanya ini akan lebih murah dari harga di atas.

**NOTA: Harga di atas tidak termasuk duit deposit kereta ye. Dan harga akan berubah mungkin kurang dan mungkin lebih dari harga di atas mengikut tarikh anda ingin sewa kereta.

Mana lah kita ada masa nak pergi satu-satu website. Lepas tu, kena sign up as member lagi. Bukan sekadar satu klik aja boleh jadi member. Dah pulak!!! kena isi form lagi. semata nak check harga dan nak check berapa discount. Jadi Dina ambil langkah untuk pergi ke website Skyscanner. Siapa yang tak tahu apa itu Skyscanner inshaaAllah di lain entri Dina akan kongsikan.

Skyscanner ni secara mudah la ye Dina explain sikit. Ia adalah website yang dapat bantu kita untuk buat perbandingan berkenaan harga tiket flight, harga hotel, harga kereta sewa.

1) Pergi ke apps Skyscanner

2) Pilih Car Hire

3) Masukkan tarikh dan waktu. Kemudian klik pada butang Search

Langkah-langkah untuk sewa kereta menggunakan Skyscanner.

Nanti Skyscanner akan bagi anda harga dari murah hingga ke mahal. Dari ekonomi sampai ke luxury car. Dari ratusan syarikat kereta.

Dengan cara ni dapatlah kita save masa. Mungkin Ada di kalangan anda yang lebih suka untuk mengikut cadangan blog lain. Terpulang mengikut keselesaan dan kepercayaan masing-masing. Bagi Dina dua-dua cara pun okay. Harga lebih kurang.

Bila Dina search di Skyscanner akhirnya Dina pilih yang paling murah. Anda boleh tinggalkan nota atau apa sahaja permintaan di ruang yang di sediakan semasa melakukan tempahan online. Anda boleh minta untuk Syarikat kereta Sewa tersebut sediakan English GPS. Tapi kalau anda tak nak request for English GPS pun tak apa. Sebab guna GPS yang dorang bagi dalam bahasa korea pun okay aja. Maka selesailah membuat tempahan kereta.

Resit / Rental Voucher yang di beri oleh syarikat sewa kereta untuk di tunjukkan ketika tiba di Jeju

Dina pilih kereta dari Syarikat Tamra. Mula-mula Dina risau and macam was-was nak pilih syarikat ni. Sebab rata-rata blog yang Dina baca, tak ada yang cakap pasal syarikat ni. Tapi Dina tawakkal aja. Oh ye, kalau tengok resit Dina ni in Singapore Dollar. heheheheeh sebab suami yang bayar. Total 5 hari Dina sewa kereta RM450.51 murahkan?? hehehe…

Selesai semua di atas, syarikat sewa kereta anda akan what’sapp anda cara nak ambil kereta dari airport. Anda boleh berpandukan what’sapp tersebut untuk collect kereta sewa anda.

Cara buat bayaran sewa kereta

Lain syarikat, lain cara bayarannya. Macam syarikat Tamra ni, Suami Dina dah siap bayar dari saat kami booking kereta lagi. Sampai di Syarikat Tamra, dia minta credit card / debit card yang aktif dan dia photostat. Lepas tu, dia pulangkan card tu pada kami pada waktu itu juga. Itu sahaja. Dia kata kalau ada kemalangan atau kena saman ke, dia akan message kami sebagai pemberitahuan dan akan tolak dari debit card / credit card yang kami beri hari tu. Tak ada deposit pun. tu yang best tu.

Lain syarikat, lain terms and condition.

  • Ada yang kena bagi deposit masa pick up kereta
  • Ada yang kena tinggalkan card credit dengan dia
  • Ada yang tak boleh bayar time booking sebab kena bayar masa pick up
  • Ada yang kena bayar cash masa pick up or return
  • Ada yang tak terima cash. Nak guna card juga.

Anda boleh cari tahu tentang cara pembayaran di syarikat yang anda minat untuk book kereta.

Berkenaan minyak di Jeju

Berikut adalah serba sedikit tips dari Dina berkenaan minyak petrol di Jeju:

  • Isi full kereta kia Morning harganya RM120 boleh pakai 5 hari pusing satu Jeju.
  • Sampai di station minyak anda tak payah fikir banyak ,cakap sahaja full atau boleh sebut “kadeuk” ertinya penuh.
  • Cari tahu kereta anda guna gas atau minyak. Ada petrol station hanya isi gas sahaja, tiada minyak petrol.

Itu sahajalah, yang dapat Dina bantu tentang sewa kereta di Jeju. harap ia dapat membantu anda.

Salam jumpa lagi di lain entri.

Tags:

2 Comments

  1. Salam Dina, berapa lama Dina search dkt skyscanner sebelum ke Jeju? Sy search harga utk thn dpn dlm RM 109+-….bestnye dpt price below RM100/day…

    1. hi.. Assalamualaikum Norliana,maaf lambat respond. dina search 2-3 bulan sebelum ke jeju. hari-hari dina akan check harga dia. bila murah je terus grab. kebiasaan kalau dina nak sewa kereta, dina akan search 2-3 bulan sebelum fly. tapi kalau tiket flight dina akan search setahun sebelum nak beli tiket.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *