(ABOUT)

Assalamualaikum! Salam Sejahtera!

Terima Kasih kerana sudi mengunjugi blog IrdinaforAmirul.

Apa sebenarnya yang akan anda dapat jika berkunjung ke blog ini? Berikut adalah antara topik yang akan anda peroleh jika melayari blog ini:

Semua topik di atas adalah hasil tulisan dan idea penulis blog ini.

Kenapa memilih nama blog “IrdinaforAmirul”?

Hi! Nama saya Irdina dan nama suami Amirul. Kami adalah pasangan yang di jodohkan oleh keluarga. Alhamdulillah jodoh ini melorong kepada kebahagiaan buat kami. Dengan sebab ini saya Irdina (penulis blog ini) terinspirasi oleh kisah hidup kami untuk menamakan blog ini dengan nama IrdinaforAmirul.

“Irdina memang tercipta untuk Amirul” = “IrdinaforAmirul” hehehehehe.

Bagaimana idea ingin membuat blog boleh terhasil?

Kami adalah pasangan berlainan negara. Saya orang Malaysia dan suami pula orang Singapura Semasa kami ingin melakukan proses pendaftaran untuk nikah bukan warganegara di luar negara, kami mendapati tiada maklumat yang memberangsangkan di google, bahkan tiada satu pun penulisan dari mana-mana blog berkenaan ini. Jadi saya berniat untuk membantu anda di luar sana yang mungkin mengalami dan menghadapi masalah yang sama seperti kami. Selain itu, saya cuba untuk selitkan hobi menjahit saya, juga minat saya tentang fashion, dan produk dari perniagaan barangan kulit yang di hasilkan oleh keluarga kami iaitu KOTAK ILHAM.

Penulis

Saya Irdina yang akan menulis blog ini. Saya seorang suri rumahtangga yang ingin mengisi masa lapang. Sekali gus, mencari pendapatan pasif melalui media ini. Moga penulisan saya memberi manfaat kepada anda yang membaca. Sepanjang penulisan saya ini, saya akan membahasakan diri dengan panggilan Dina sahaja ye. Lebih santai dan mesra.

Jika anda ada sebarang pertanyaan dan inginkan bantuan atau ingin menghubungi saya, anda boleh dapatkan maklumat saya melalui pautan berikut : Hubungi Saya!

Semoga anda peroleh manfaat dari blog ini. Dan sudi-sudi lah beri sokongan pada saya dengan memberi komen di ruangan tersedia, dan kongsikan blog ini pada yang lain.

Terima kasih dan Salam Perkenalan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *