Sini Dina nak tolong anda macam mana nak pilih tarikh atau musim yang sesuai untuk anda melancong ke luar negara bersama anak anda yang masih baby lagi.

SEJUK (winter)

Anda kena check musim apa ketika anda melancong ke sesuatu negara. Contoh negara yang anda lawati pada ketika itu, adalah negara yang bermusim sejuk, maka anda harus sediakan baju sejuk. Kelengkapan pakaian untuk anda hadapi musim sejuk. Kebanyakkan baju sejuk yang di jual di negara kita, boleh dan sesuai di pakai oleh orang dewasa. Tetapi jika anda pergi ke brand-brand baju sejuk yang di jual di negara kita dan bertanyakan tentang baju sejuk bayi, mereka ada jual untuk bayi, tetapi mereka lebih sarankan anda untuk beli baju sejuk di negara yang sememangnya ada musim sejuk. Sebagai contoh: Kita ingin ke Turkey pada musim sejuk iaitu pada Disember hingga lebih kurang Februari, sampai sahaja di lapangan terbang Turkey kita beli baju anak kita di airport. Begitulah yang di sarankan oleh mereka. Tetapi ini hanyalah apa yang mereka sarankan, anda boleh memilih untuk ikut atau pun tidak. Jika anda memilih untuk beli sahaja di negara kita. Boleh sahaja, tetapi pastikan ianya betul-betul boleh bantu untuk mengekalkan suhu badan anak kita kekal hangat tanpa kesejukan.

Dina pernah mengalami masalah ini saat kami sekeluarga ke Beijing pada musim sejuk, (Batrisyia) adik bungsu Dina masih kecil lagi. Dia jatuh sakit kerana kesejukan sebab tak pakai proper clothing pada musim sejuk. Berlapis-lapis pakai, tapi masih tak boleh hilangkan sejuk badan dia. Dan ini mengajar kami sekeluarga. Perlu kita beri perhatian lebih tentang ini, sebab baby tidak mempunyai daya ketahan yang tinggi seperti kita yang dah dewasa. Pertimbangkanlah perkara ini. Demi keselamatan keluarga kita juga. Dan…. kalau dah sakit tak best lah cuti kita nanti.

PANAS (summer)

Dina ada pengalaman dengan cuaca panas ini. Masa tu pergi Umrah, dan cuaca terlalu tinggi 55°C. Umrah pada saat tu musim panas di tanah arab. Dan banyak yang berdarah hidung, batuk berdarah, demam. Sebab cuaca terlalu panas. Kalau kita yang dewasa ni dah sakit, apatah lagi bayi.

Sediakan cool fever. Bawa botol yang berisi air masak (mineral water). Anda kena bagi bayi anda air yang secukupnya.Bukan hanya susu sahaja. Pastikan mereka dalam keadaan yang selesa. Dan ada baiknya untuk elakkan bawa bayi ke tempat yang suhunya panas. Mungkin anda boleh pilih negara yang lebih dingin suhunya. Atau pergi pada musim yang tidak panas.

BUNGA (spring)

Perlu diingatkan musim bunga secara generalnya suhu 15°C – 23°C. Prepare baju yang sesuai untuk mereka. Pastikan anak anda tiada alahan pada bunga. Kenapa alahan? Sebab Dina ada alahan pada rumput. Kalau kena je rumput gatal-gatal kaki sampai naik ruam yang teruk. Maka kenali anak anda, apa yang mereka boleh, dan apa yang mereka tidak boleh.

LURUH (fall / autumn)

Musim luruh dalam kebanyakkan negara pada ketika ini anginnya sangat kuat. Sebagai contoh musim luruh di Korea adalah pada bulan September. Dina ada pengalaman berada di Korea pada bulan September. Anginnya sangat kencang. Dan berlaku taufan lingling di Korea pada saat itu. Ini menyebabkan kebanyakkan pesawat akan di tunda, dan ia mengancam nyawa anda. Dan musim ini hujan kerap turun. Anda akan merasa rugi kalau nak melancong tapi hujan sana-sini. Dan kemungkinan anak anda akan demam dan selsema.

Pastikan anda standby ubat demam, cool fever, warmer, payung, baju hujan dan kelengkapan yang patut untuk hadapi musum sebegini. Atau anda boleh sahaja untuk tunda percutian dan pergi pada musim lain.

**NOTA: lain negara, lain kondisinya pada setiap musim, sila check terlebih dahulu.

ISLAND (pulau / pantai)

Jika anda ingin melancong ke negara yang tidak mempunyai musim, seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand, Vietnam, Maldives dan apa sahaja negara yang tepat berada di garisan khatulistiwa. Kebanyakkan negara berikut mempunyai pulau yang di jadikan sebagai lokasi pelancongan.

Jika anda jenis “beach boy” yang cintakan pulau dan lautan, destinasi ini adalah pilihan anda. Apa yang perlu anda fikirkan jika ingin ke destinasi seperti ini ?

Awas. dan Sentiasa awas. Jangan leka. Takut tak persan anak dah lari masuk laut. Dan yang penting jangan pergi ke destinasi ini jika ketika itu adalah musim tengkujuh. Kebiasaannya pada hujung tahun.

Itu sahajalah yang anda perlu fikirkan jika berkenaan musim. Moga anda dapat memilih destinasi pelancongan yang sesuai buat anda sekeluarga. Moga percutian lebih bermakna dengan maklumat juga perkongsian yang Dina beri ni.

Sehingga ke entri yang seterusnya!

Salam Sayang dan jemput-jemput lah share blog ini kepada rakan dan keluarga anda.

Terima Kasih!!!

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *